Assalamualaikum warahmatullah,
Alhamdulillah jenazah Allahyarhan telah selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan pada petang tadi di Hamad Hospital. Jenazah akan diterbangkan ke Malaysia InsyaAllah esok malam (5 Ogos). Buat masa ini, jenazah ditempatkan di bilik mayat di Hamad Hospital.
InsyaAllah malam ini 04/08/2009 (selepas Isyak), kita akan berkumpul di rumah keluarga Allahyarham bagi tujuan ziarah dan juga sokongan moral buat keluarga Allahyarham.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En Adam (5622191) atau En Zahrul (5561570).
Panduan ringkas utk ke rumah Allahyarham adalah seperti dibawah :
Take right at the traffic light after Hyatt Plaza,take left at the next roundabout,take 12 o'clock 4 the next 2 roundabouts. Take left on the next roundabout. U will pass thru an area mcm compound but actually connected villa, find house no 20. Rumah ni kat dlm skit. U need to drive inside
Update 1: (04/08/2009 1.30pm) :
Salam semua, solat jenazah ghaib utk Allahyarham Mohamad Dahan akan dilakukan di Masjid Hamad Hospital. Harap dpt berkumpul di sana sebelum waktu asar.
Tolong sebarkan ke saudara2 kita yg lain.
Info dari : Embassy/MAQ
AL-FATIHAH
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
yang bermaksud
" orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Al-Quran; Surah 2 - 156
Dukacita dimaklumkan saudara kita En Mohamad Mat Dahan yang bertugas di Gamuda WCT kembali ke Rahmatullah awal pagi ini akibat komplikasi jantung. Marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya diterima Allah SWT di dalam golongan orang beriman. AMEEN.
Semoga ahli keluarga arwah diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan besar ini.
Wassalam





