Assalamu'alaikum warahmatullah,
Dengan penuh sukacita, Tuan/Puan sekeluarga adalah dijemput untuk hadir ke majlis ilmu pada hujung minggu ini, seperti butiran di bawah :
1. FORUM : PENDIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM
Ahli panel : Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak (Head of Syari'ah, Asian Finance Bank) dan Hjh Azlina Mohamad Ghaffar (Clinical Psychologist)
Tarikh : 17 Jun 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
2. CERAMAH : ISRA' & MI'RAJ - MEMBENTUK PERIBADI UNGGUL
Penceramah : Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak (Head of Syari'ah, Asian Finance Bank)
Tarikh :  18 Jun 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tuan/Puan disarankan untuk solat Isyak di masjid berdekatan lokasi program agar kita dapat memulakan program tepat pada masanya. Harap dapat dipanjangkan jemputan ini kepada saudara-saudara kita dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Tuan/Puan juga digalakkan untuk membawa makanan atau minuman sebagai "potluck", juadah untuk kita nikmati bersama.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari program ini dan dirahmati Allah senantiasa.
Wassalam
Jawatankuasa MAQ 2010/11
b/p Pihak Penganjur





