Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Liga Malaysia Qatar (LMQ MAQ) 2012

E-mail Print

Assalamualaikum Ahli-ahli MAQ dan rakyat Malaysia di Qatar,

 

MAQ dengan kerjasama Komuniti Malaysia di Al-Khor dan Dukhan bercadang untuk menganjurkan pertandingan bolasepak Liga Malaysia Qatar MAQ (MAQ LMQ).   Objektif utama penganjuran adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama rakyat Malaysia di Qatar di samping beriadah dan bersukan.

 

Cadangan format LMQ MAQ2012 :

  1. Sebelas sebelah @11-a-side dan Pemain Simpanan = 18 pemain
  2. Semua Pasukan harus mendaftar minima 15 pemain dan maksima 18 pemain
  3. Peraturan Permainan adalah mengikut Rules & Regulations FIFA dengan 1 kelonggaran di mana pasukan boleh mengunakan kesemua pemain simpanan untuk bermain pada semua perlawan liga LMQ MAQ
  4. Tiada had umur

 

Terma-terma dan syarat-syarat pertandingan :

  1. Kejohanan LMQ MAQ akan dipertandingkan di padang Al-Khor & Dukhan @Doha. Lokasi, (format pertandingan dan tarikh adalah tertakluk pada pindaan)
  2. Pertandingan LMQ MAQ akan diadakan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Ini tertakluk pada jadual liga yang akan ditentukan selepas penyertaan semua pasukan
  3. Nama-nama PASUKAN adalah bagi tujuan pembentukan pasukan sahaja
  4. Pemain-pemain tidak boleh memilih atau berpindah Pasukan selepas LMQ MAQ mula dipertandingkan
  5. Setiap pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja
  6. Perlawanan akan diadakan sepanjang bulan February sehingga awal April 2012
  7. Setiap Pasukan diketuai oleh seorang Pengurus atau Ketua Pasukan yang bertanggungjawab dalam pembentukan Pasukan dan pengurusan pemain
  8. Pembahagian hadiah bagi setiap adalah seperti berikut :

· Tempat Pertama

· Tempat Kedua

· Tempat Ketiga

· Tempat Keempat

 

 

Pemenang LMQ MAQ akan ditentukan oleh jumlah kutipan mata keseluruhan selepas liga tamat. Semua Pasukan harus bermain untuk penamatkan  Liga LMQ MAQ.  Butiran lanjut mengenai format perlawanan untuk setiap permainan akan diberikan oleh Jawatankuasa Penganjur melalui Pengurus/Ketua Pasukan yang dilantik.

 

Untuk penyertaan, sila emel pendaftaran ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau En. Mohd Hafiz Mohan (Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ; Tel : 55513851) atau Tuan Haji Jamal Sulaiman (Tel : 66794241 emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) dengan melengkapkan borang yang dilampirkan.

Tarikh tutup penyertaan ialah  7 February-2012 (Selasa).

 

Terima kasih.

 

 

Jawatankuasa MAQ 2011/2012

 

b/p Jawatankuasa Penganjur LMQ MAQ 2012


 
MAQ 2009/2010