Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

CADANGAN WAQAF UNTUK SAHABAT QATAR

E-mail Print PDF
User Rating: / 0
PoorBest 

Assalamualaikum,
 
Untuk makluman anda, sumbangan untuk Cadangan ke-3 (Masjid di Kompleks Pelajar Perempuan) telah dicukupkan oleh sahabat-sahabat di Oman, oleh itu kami wakil di Qatar (Hj Fatah, Hj Mansor dan saya) sebulat suara untuk mempromosikan Cadangan ke-2 (Pembinaan Rumah Guru di Kompleks Pelajar Perempuan), Fasa 3, Unit 3 yang berharga USD 22,000 @ QAR 80,300/unit. Seperti biasa infaq akan dibahagikan dalam bentuk 'Lot' iaitu QAR 500/Lot. Infaq boleh diserahkan kepada:-
 
1.     Hj. Mansor  – 55176875
2.     Hj. Fatah – 55534906
3.     Sdr. Rizal Sibal – 66530451
4.     Sdr. Abd Basit – 33409272
 
Marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk berinfaq di bulan Ramadan dan semoga beroleh ganjaran berlipat kali ganda.
 
Abd Basit Bin Sulaiman
 
Lampiran
 

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya”
•(Al-Baqarah: 261)

 
 
MAQ FB Like