Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Usrahali: Majlis Berbuka Puasa/Iftar & Tazkirah Ramadhan bersama Ustaz Salman Ali (09/06/2017)

E-mail Print PDF
User Rating: / 0
PoorBest 

Tarikh Pengumuman : 04/06/2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian. Ramadan Mubarak kepada Muslimin & Muslimat di seluruh Qatar.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadan yang penuh barakah dan mulia ini.

Sehubungan dengan itu pihak kami dengan sukacitanya menjemput tuan/puan sekeluarga ke Majlis Berbuka Puasa/Iftar & Tazkirah Ramadhan 2017. Butiran lengkap majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 9-Jun-2017 (Jumaat)
Masa: 04.30 pm – 08.15 pm
Tempat: Beverley Hill 16 Clubhouse, Al Waab
(GPS: 25.2605757N 51.458628E, google map: https://goo.gl/maps/YR9zihp2jY12)

Aturcara Majlis:
4.30 pm - Ketibaan tetamu
4.45 pm - Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Salman Ali
5.30 pm - Perkembangan terkini AMAN PALESTIN oleh Tn Hj Mansor Rahmat
5.45 pm - Perkembangan terkini SERANTAU MUSLIM oleh Dr. Raja Iskandar
6.00 pm - Persediaan dan Majlis Berbuka Puasa (waktu berbuka pada pukul 6:20 PM)
6.35 pm - Solat Maghrib di Beverley Hill Clubhouse, Iftar bersambung
8.15 pm - Solat Isya’ dan Tarawih dimasjid berdekatan dan bersurai.

Disamping itu, pihak Usrah Ali mengalu-alukan sumbangan ikhlas pihak tuan/puan untuk mengisi 2 dana; NGO Serantau Muslim (tabung bantuan etnik Rohingya) & Aman Palestin.

Moga dengan kehadiran tuan/puan dapat mengimarahkan majlis ini dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita serta mendapat keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

Nota: Mohon hadirin agar dapat membawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Club House.

 
MAQ FB Like