Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Islamic Activities, Umrah & Haji

Usrahali : Tabung Wakaf untuk Masjid Negeri Kampong Cham, Cambodia

E-mail Print PDF
User Rating: / 2
PoorBest 

alt

Assalamualaikum w.b.t.,

Merujuk kepada pengumuman terdahulu bertarikh 09/09/2015 berkenaan tabung wakaf untuk Masjid Negeri Kampong Cham, Cambodia; 

Berikut adalah sedikit maklumat mutakhir berkenaan status projek tersebut yang diterima melalui whatsapp oleh En Abdul Rahim Dawood untuk maklumat tuan-puan;

Assalamualaikum buat tuan-puan yg dirahmati Allah sekalian, pernah satu ketika sebelum ni saya dan isteri ada membuat misi bantuan untuk dana pembinaan Masjid Jamek Negeri Kampung Cham di Cambodia (Kemboja).

Tunggak dan tunjang di sebalik pembinaan masjid ini adalah hasil usaha keras Ustaz Punyamin sebagai Nazir Masjid dan Allahyarham Ustaz Yahya (Ustaz Kemboja) sebagai pencari/pengumpul dana.

Akan tetapi setelah pemergian Ustaz Yahya ke Rahmatullah pada Januari tahun ini, masjid ini telah mengalami sedikit kesulitan atas sebab terputusnya misi kutipan dana.

Memandangkan penduduk Islam Kemboja antara rakyat termiskin , dana pembinaan masjid ini banyak bergantung pada sumbangan dari Malaysia, Brunei dan Singapura.

Masjid ini hampir siap dan memerlukan "last finishing" i.e glass windows, painting. Dalam keadaan yg tidak sempurna, masjid ini telah di gunapakai untuk solat fardu jemaah and terawih.

Penyiapan masjid ini menjadi kritikal utk mngelakkan dari dimasuki hujan yang boleh menjejaskan bahagian dalaman masjid.

Saya sendiri bersama isteri telah bertemu dengan Ustaz Punyamin yang memaklumkan tentang kesulitan dan status masjid ini sekarang. Beliau amat2 beharap agar ada antara kalian yg bermurah hati ingin membantu.

Sekiranya tuan-puan inginkan maklumat lanjut mengenai status terkini masjid ini, sila whatsapp saya. 

Kepada yg ingin membantu, sumbangan boleh di buat melalui akaun Maybank Cambodia :
Islamic Development and Welfare Association of Cambodia.
Account No: 000100200002506.

Sebagai alternatif, anda juga boleh bank-in ke akaun no. berikut sbg pemegang amanah :
Maybank Acc No. : 014299 106252,
Abdul Rahim Dawood.

Segala dana terkumpul akan diserahkan kepada pihak Masjid Negeri Kg Cham, Kemboja.

Sila maklumkan pada saya dgn slip bank utk kemaskini.

Kepada sesiapa yg ingin tahu lebih terperinci atau mahu menghubungi Ustaz Punyamin secara langsung, talian beliau di Malaysia adalah : +6012 6040420.

Buat masa ni, Ustaz Punyamin akan berada d Malaysia sehingga 28 Jun, mengambil alih tugasan Allahyarham Ustaz Yahya.

Dengan segala penuh harapan saya memohon pada Allah SWT agar segala kesulitan untuk menyiapkan masjid ini mendapat jalan keluar dan masjid ini dibebaskan dari sebarang belenggu hutang.

Hanya Allah sajalah yg dapat membalas kebaikan kalian atas segala sumbangan yg dhulurkan. Semoga segala usaha mendapat rahmat dari Allah SWT...Aamiin.

Abdul Rahim Dawod : +60019 3158849

Fadzillah Mukhtar (isteri) : +6013 3941622

 

Marilah kita sama-sama merebut peluang pelaburan akhirat ini dengan membelanjakan rezeki yang Allah amanahkan kepada kita untuk agama Allah. InShaAllah semoga Allah SWT merahmati sumbangan Tuan/Puan dengan segala pahala kariah masjid beribadat di Masjid ini dikira sebagai pahala waqaf ibarat pohon yang subur sentiasa membuahkan hasil yang berterusan walaupun kelak kita meninggalkan kehidupan dunia yang sementara ini. Aaminn.

Segala sumbangan dari Qatar boleh disalurkan melalui mana-mana AJK Usrah Ali atau disalurkan terus ke akaun2 pemegang amanah seperti yang dinyatakan diatas. Mohon panjangkan maklumat ini pada rakan-rakan lain.

Semoga segala usaha kita akan mendapat keredhaan Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Aamiin.

Jazaakumullah khayr.

b/p AJK Usrah Ali 

 

Nota : FB Ustaz Yahya Cambodia sekarang telah diuruskan oleh ipar (Abdul Rahman) dan balu Allahyarham (Pn. Raviah). Sila lawati FB berikut untuk melihat gambar2 terkini projek tersebut;

https://www.facebook.com/UstazYahyaCambodia/

https://www.facebook.com/ustazyahya.kemboja

 

Usrahali : Majlis Berbuka Puasa/Iftar & Tazkirah Ramadhan bersama Ustaz Salman Ali (10/06/2016)

E-mail Print PDF

 

Tarikh Pengumuman : 06/06/2016

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebagai hamba yang denganNya kita dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam.

USRAH ALI mengucapkan Ramadan Al Mubarak kepada Muslimin dan Muslimat di Qatar dan sahabat-sahabat di pentas maya yang mengikuti perkembangan kita dari jauh. Dengan bulan yang penuh barakah dan selaras dengan tuntutan Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasululullah S.A.W kami ingin memberi motivasi kepada semua untuk kita perbanyakkan bersadakah, memberi makan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan disamping ibadah puasa yang sedang kita lakukan.

Sehubungan dengan itu USRAH ALI akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa/Iftar seperti butiran berikut:

Tarikh: 10-Jun-2016 (Jumaat)

Masa: 04.30 pm – 08.15 pm

Tempat: Beverley Hill 16 Clubhouse, Al Waab

(GPS: 25.2605757N 51.458628E, google map: https://goo.gl/maps/YR9zihp2jY12)

 

Aturcara Majlis:

4.30 pm - Ketibaan tetamu

5.00 pm - Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Salman Ali

5.45 pm - Persediaan dan Majlis Berbuka Puasa (Maghrib 06:24 PM)

6.35 pm - Solat Maghrib di Beverley Hill Clubhouse, Iftar bersambung

8.15 pm - Solat Isya’ dan Tarawih dimasjid berdekatan dan bersurai.

 

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu dalam mempertingkatkan ilmu dan menjalin ukhuwah dalam menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

Nota :

1. Sila parking kereta anda diluar compound Beverley Hill 16 untuk mengelakkan aduan penduduk di compound tersebut.

2. Harap hadirin dapat  membawa sejadah untuk solat Magrib berjemaah di Club House

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Salman Ali (02/06/2016)

E-mail Print PDF
User Rating: / 2
PoorBest 

 

Tarikh Pengumuman : 30/05/2016 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

InshaAllah, sekali lagi kita akan dipertemukan di dalam program Usrah Ali bersama yang dikasihi Ustaz Salman Ali dengan sambungan siri tajuk "Siri - 2: Mendalami Uluhiyah Rububiyah dan Asma' wa Sifat" seperti butiran berikut;

Tarikh:02-Jun-2016 (Khamis)

Masa: 7.15 - 9.30 pm (*Jamuan bermula seawal 7.15 pm)

Tempat: Palm City Garden, Club House

GPS : 25.2557722N,51.4625651E

Sila solat Isya' berjemaah di masjid berdekatan 

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

 

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Dr. Mohd. Shauqi Othman (26/05/2016)

E-mail Print PDF

 

Tarikh Pengumuman : 22/05/2016
 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menimba ilmu sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya – Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu “Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenagan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat.” (HR. Imam Muslim)

Dengan kerjasama Usrah Ali, Usrah Ibu Doha dan Usrah Al Khor, seperti yang dirancang, Ustaz Dr. Mohd. Shauqi (Sukki) Othman dijadualkan meluangkan masa untuk menyampaikan siri ceramah beliau di Qatar sempena kehadirannya dan delegasi dari Malaysia bertemu masaikh-masaikh di Qatar untuk bertalaqqi.

Jadual ceramah adalah seperti berikut;-

Tarikh

Masa

Tempat

Tajuk

26-Mei-2016

(USRAH IBU- DOHA)

8.30 am - 10.30 am

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab

Soal Jawab Fiqh tentang Wanita

26-Mei-2016

(USRAH ALI)

7.15 pm - 9.30 pm

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab

Soal Jawab Fiqh – Penting  tetapi dipandang ringan

27-Mei-2016

(USRAH ALKHOR)

07.30 pm - 10.00 pm

Al Dhakira Club, Al Khor Community

Istimewanya Al Quran

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab (GPS: 25.2605757N 51.458628E, google map: https://goo.gl/maps/YR9zihp2jY12)

Al Dhakira Club, Al Khor Community (GPS: 25.714897N 51.520793E, google map: https://goo.gl/maps/het79nc6vWE2)



Nota:

Untuk makluman, Dr. Mohd. Shauqi juga adalah Setiausaha Akademi Imam Syafie (AIS)- satu badan NGO yang diketuai olej Ustaz Zamerey Abdul Razak dan tidak asing lagi kepada kita di Qatar- maklumat lanjut seperti link berikut:

http://akademimamsyafie.blogspot.co.uk/

https://ms-my.facebook.com/akademiimamsyafie

Untuk tujuan tersebut, kami ingin membuka peluang kepada jemaah untuk mengisi sebahagian harta yang kita miliki untuk “Tabung Akhirat AIS” demi pembangunan ummah, misi-misi pendidikan dan pembangunan modal insan di Kemboja dan asnaf yang memerlukan bantuan.

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Salman Ali (19/05/2016)

E-mail Print PDF
User Rating: / 8
PoorBest 

 

alt

 

Tarikh Pengumuman : 15/05/2016 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Selaras dengan kehendak untuk memenuhi keperluan dan menuntut umat dengan aqidah sebenar seperti yang diajar oleh Allah S.W.T melalui lisan dan perbuatan Nabi Muhammad SAW, difahami dan diikuti oleh para sahabat, USRAH ALI QATAR akan membawakan satu program bersiri bertajuk “ ULUHIYAH, RUBUBIYAH DAN ASMA’ WA SIFATULLAH”. Program ini akan disampaikan oleh Ustaz Salman Ali melalui program-program yang diatur bersama Usrah Ali Qatar. Semoga program ini memberi manafaat dalam menegak, meyakini, mengukuh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. InshaAllah dengan ilmu yang haq, ia akan menjadi saksi dan dapat menyelamatkan kita di hadapan Allah SWT dihari pengadilan.


Tajuk: "ULUHIYAH, RUBUBIYAH DAN ASMA’ WA SIFATULLAH"
Tarikh: 19 Mei 2016 (Khamis)
Masa: 7.15 - 9.30 pm (*Jamuan bermula seawal 7.15 pm)
Tempat: Party Hall, Al Bayan Gardens, Doha.(GPS : 25.269247N, 51.482657E).

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

 

b/p Usrah Ali

 

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

 

#usrahaliqatar

 

Nota : Sila klik disini untuk maklumat berkenaan peraturan meletak kenderaan di Al-Bayan Garden 

 

 

 


Page 4 of 6
MAQ FB Like