Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Islamic Activities, Umrah & Haji

Usrahali : Majlis Berbuka Puasa/Iftar & Tazkirah Ramadhan bersama Ustaz Salman Ali (10/06/2016)

E-mail Print PDF

 

Tarikh Pengumuman : 06/06/2016

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sebagai hamba yang denganNya kita dikurniakan dengan nikmat Iman dan Islam.

USRAH ALI mengucapkan Ramadan Al Mubarak kepada Muslimin dan Muslimat di Qatar dan sahabat-sahabat di pentas maya yang mengikuti perkembangan kita dari jauh. Dengan bulan yang penuh barakah dan selaras dengan tuntutan Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasululullah S.A.W kami ingin memberi motivasi kepada semua untuk kita perbanyakkan bersadakah, memberi makan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan disamping ibadah puasa yang sedang kita lakukan.

Sehubungan dengan itu USRAH ALI akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa/Iftar seperti butiran berikut:

Tarikh: 10-Jun-2016 (Jumaat)

Masa: 04.30 pm – 08.15 pm

Tempat: Beverley Hill 16 Clubhouse, Al Waab

(GPS: 25.2605757N 51.458628E, google map: https://goo.gl/maps/YR9zihp2jY12)

 

Aturcara Majlis:

4.30 pm - Ketibaan tetamu

5.00 pm - Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Salman Ali

5.45 pm - Persediaan dan Majlis Berbuka Puasa (Maghrib 06:24 PM)

6.35 pm - Solat Maghrib di Beverley Hill Clubhouse, Iftar bersambung

8.15 pm - Solat Isya’ dan Tarawih dimasjid berdekatan dan bersurai.

 

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu dalam mempertingkatkan ilmu dan menjalin ukhuwah dalam menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

Nota :

1. Sila parking kereta anda diluar compound Beverley Hill 16 untuk mengelakkan aduan penduduk di compound tersebut.

2. Harap hadirin dapat  membawa sejadah untuk solat Magrib berjemaah di Club House

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Salman Ali (02/06/2016)

E-mail Print PDF
User Rating: / 3
PoorBest 

 

Tarikh Pengumuman : 30/05/2016 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

InshaAllah, sekali lagi kita akan dipertemukan di dalam program Usrah Ali bersama yang dikasihi Ustaz Salman Ali dengan sambungan siri tajuk "Siri - 2: Mendalami Uluhiyah Rububiyah dan Asma' wa Sifat" seperti butiran berikut;

Tarikh:02-Jun-2016 (Khamis)

Masa: 7.15 - 9.30 pm (*Jamuan bermula seawal 7.15 pm)

Tempat: Palm City Garden, Club House

GPS : 25.2557722N,51.4625651E

Sila solat Isya' berjemaah di masjid berdekatan 

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

 

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Dr. Mohd. Shauqi Othman (26/05/2016)

E-mail Print PDF

 

Tarikh Pengumuman : 22/05/2016
 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT kita masih diberi peluang untuk menimba ilmu sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya – Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu “Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenagan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat.” (HR. Imam Muslim)

Dengan kerjasama Usrah Ali, Usrah Ibu Doha dan Usrah Al Khor, seperti yang dirancang, Ustaz Dr. Mohd. Shauqi (Sukki) Othman dijadualkan meluangkan masa untuk menyampaikan siri ceramah beliau di Qatar sempena kehadirannya dan delegasi dari Malaysia bertemu masaikh-masaikh di Qatar untuk bertalaqqi.

Jadual ceramah adalah seperti berikut;-

Tarikh

Masa

Tempat

Tajuk

26-Mei-2016

(USRAH IBU- DOHA)

8.30 am - 10.30 am

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab

Soal Jawab Fiqh tentang Wanita

26-Mei-2016

(USRAH ALI)

7.15 pm - 9.30 pm

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab

Soal Jawab Fiqh – Penting  tetapi dipandang ringan

27-Mei-2016

(USRAH ALKHOR)

07.30 pm - 10.00 pm

Al Dhakira Club, Al Khor Community

Istimewanya Al Quran

Beverly Hill 16 Clubhouse, Al Waab (GPS: 25.2605757N 51.458628E, google map: https://goo.gl/maps/YR9zihp2jY12)

Al Dhakira Club, Al Khor Community (GPS: 25.714897N 51.520793E, google map: https://goo.gl/maps/het79nc6vWE2)



Nota:

Untuk makluman, Dr. Mohd. Shauqi juga adalah Setiausaha Akademi Imam Syafie (AIS)- satu badan NGO yang diketuai olej Ustaz Zamerey Abdul Razak dan tidak asing lagi kepada kita di Qatar- maklumat lanjut seperti link berikut:

http://akademimamsyafie.blogspot.co.uk/

https://ms-my.facebook.com/akademiimamsyafie

Untuk tujuan tersebut, kami ingin membuka peluang kepada jemaah untuk mengisi sebahagian harta yang kita miliki untuk “Tabung Akhirat AIS” demi pembangunan ummah, misi-misi pendidikan dan pembangunan modal insan di Kemboja dan asnaf yang memerlukan bantuan.

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

b/p Usrah Ali

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

#usrahaliqatar

 

Usrahali : Program Majlis Ilmu bersama Ustaz Salman Ali (19/05/2016)

E-mail Print PDF
User Rating: / 8
PoorBest 

 

alt

 

Tarikh Pengumuman : 15/05/2016 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Selaras dengan kehendak untuk memenuhi keperluan dan menuntut umat dengan aqidah sebenar seperti yang diajar oleh Allah S.W.T melalui lisan dan perbuatan Nabi Muhammad SAW, difahami dan diikuti oleh para sahabat, USRAH ALI QATAR akan membawakan satu program bersiri bertajuk “ ULUHIYAH, RUBUBIYAH DAN ASMA’ WA SIFATULLAH”. Program ini akan disampaikan oleh Ustaz Salman Ali melalui program-program yang diatur bersama Usrah Ali Qatar. Semoga program ini memberi manafaat dalam menegak, meyakini, mengukuh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. InshaAllah dengan ilmu yang haq, ia akan menjadi saksi dan dapat menyelamatkan kita di hadapan Allah SWT dihari pengadilan.


Tajuk: "ULUHIYAH, RUBUBIYAH DAN ASMA’ WA SIFATULLAH"
Tarikh: 19 Mei 2016 (Khamis)
Masa: 7.15 - 9.30 pm (*Jamuan bermula seawal 7.15 pm)
Tempat: Party Hall, Al Bayan Gardens, Doha.(GPS : 25.269247N, 51.482657E).

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

جزاكم الله خير

 

b/p Usrah Ali

 

Usrah Ali Qatar Facebook Page

Usrah Ali Qatar YouTube Channel

 

#usrahaliqatar

 

Nota : Sila klik disini untuk maklumat berkenaan peraturan meletak kenderaan di Al-Bayan Garden 

 

 

 

Haji 1437H : Pengumuman Berkenaan Tempoh Kelulusan Haji 1437H (updated 15/06/2016)

E-mail Print PDF

alt

 

 

Tarikh Pengumuman : 11/05/2016 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengumuman kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar.

Berikut adalah status pendaftaran jemaah yang berdaftar melalui pihak sekretariat:

69 org berdaftar
• 31 pasangan/keluarga
• 7 bujang
• 41 org dengan bas (Al-Ali)
• 28 org dengan kapalterbang (Haramain)

Maklumat ringkas mengenai kos (masih belum muktamad):

1. Bas (Al-Ali)

- QR 12k + QR 1k

2. Kapalterbang (Haramain)
sedikit perubahan
- *QR 23,000* (Makkah sahaja)
- *QR 27,500* (Makkah & Madinah)

Proses kelulusan akan bermula awal bulan Ramadhan إن شــــاء لله .

Status kelulusan akan dihantar melalui sms ke no hp qatar anda. Sila hubungi sekretariat dgn kadar segera jika anda mendapat sms kelulusan.

Bagi mereka yang mendapat kelulusan, dokumen2 berikut perlu diserahkan ke mana2 ajk Sekretariat sebelum 1 Ogos 2016:
• Paspot asal
• Gambar berukuran paspot (latar belakang putih) 3 keping
• Kad vaksinasi
• Surat NOC dari majikan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Sekretariat Haji & Umrah MAQ di:

- email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
- FB :https://www.facebook.com/groups/sekhajumramaq/

Sama-samalah kita berdoa agar semua urusan-urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allaah.

جزاكم الله خيرا كثيرا

b/p:
Sekretariat Haji & Umrah MAQ


 

Tarikh Pengumuman : 15/06/2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengumuman kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar.

- Proses 'approval' sedang berjalan dan mungkin akan berlanjutan sampai penghujung Ramadhan (update terkini dari Hamlah Al-Ali).

- Masih belum ada lagi dari jemaah kita yang lulus setakat ni (last check 23:50 14 Jun 2016).

- Sila cek status masing2 di:
http://haji.malqatar.com/status.php

- SMS akan dikirim ke no tel Qatar

- Status kelulusan akan dihantar melalui SMS ke no hp Qatar anda yang didaftar utk permohonan haji.
(biasanya nama pengirim "ISLAM").
Sila hubungi sekretariat dgn kadar segera jika anda mendapat SMS kelulusan.

- Salah satu fungsi Sekretariat adalah berkongsi salinan dokumen dengan hamlah sejurus selepas kelulusan diterima untuk proses permohonan visa. Jadi, bagi sesiapa yang belum lagi meng_upload_ salinan2 dokumen yg diperlukan, tolong upload secepat mungkin.

- Bagi mereka yang mendapat kelulusan, dokumen2 asal (ori) berikut perlu diserahkan ke mana2 ajk Sekretariat SEBELUM 1 Ogos 2016:
• Paspot
• Gambar berukuran paspot (latar belakang putih) 3 keping
• Kad vaksinasi
• Surat NOC dari majikan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Sekretariat Haji & Umrah MAQ di:

- email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
- FB :https://www.facebook.com/groups/sekhajumramaq/

Sama-samalah kita berdoa agar semua urusan-urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allaah.

جزاكم الله خيرا كثيرا

b/p:
Sekretariat Haji & Umrah MAQ

Note: Ada kemungkinan kuota akan ditambah, salah satu faktor adalah keputusan negara Iran, yg masih belum final lagi.


 


Page 5 of 7
Usrah Ali FB Like