Malaysian Association of Qatar

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Islamic Activities, Umrah & Haji

Usrahali : Tabung Rayuan untuk Saudara Kamal (Cancer Treatment)

E-mail Print PDF

Assalamualaikum wbkth.

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan memberi nafas ruang kepada kita untuk meneruskan kehidupan sementara ini.

Sebahagian kita yang sudahpun sedia maklum dan masih ingat pada tahun 2015, Usrah Ali telah melancarkan derma kilat bagi membantu saudara baru kita En. Kamal Abdullah atau Balamurali yang bekerja di Ashghal, kerana masalah slip disk dan juga diuji dengan penyakit kanser tidak lama selepas itu (keseluruhan perbelanjaan dianggarkan bernilai QAR 100,000.00)

Walaupun telah mendapatkan rawatan yang sewajarnya tahun lepas, agak mengejutkan bila baru-baru ini kita telah diberitahu bahawa penyakit kanser beliau kembali berulang sejak beberapa bulan lepas.

Mengikut nasihat doktor di Al Amal Hospital – HMC beliau dikehendaki menjalani rawatan kemoterapi/chemotheraphy sebanyak 6 kali lagi dengan setiap rawatan memerlukan lebih kurang QAR 22,000.00. Untuk 2 rawatan yang telah dijalani beliau setakat ini, kos perbelanjaan telah ditanggung oleh beliau sendiri manakala yang kedua pula telah dibiayai oleh RAF (Sheikh Thani Ibn Abdullah for Humanitarian Services)  Charity Organization.

Untuk meneruskan baki 4 lagi rawatan, beliau memerlukan sebanyak lebih kurang QAR 88,000.00 lagi. 

 

alt

 

Oleh yang demikian, untuk mengurangkan bebanan Saudara Kamal, USRAH ALI mengambil inisiatif ini unutk menyeru bantuan dari setiap lapisan komuniti untuk menghulurkan derma bagi membantu beliau secepat mungkin.  Segala sumbangan boleh disalurkan melalui mana2 AJK USRAH Sessi 2016-2018.

 

Semoga sumbangan kita mendapat keberkatan dan ganjaran sewajarnya kerana memudahkan urusan saudara kita yang benar-benar memerlukan.

 

Pada masa yang sama, marilah kita sama-sama mendoakan untuk Saudara Kamal supaya cepat sembuh dan sihat segera. Aamiin.  

 

Jazakumullahukhairan.

 

B/P AJK USRAH ALI (2016-2018)

 

Usrahali : Majlis Tazkirah dan Memperkenalkan AJK Baru UA (21/04/2016)

E-mail Print PDF

alt

 

 

Tarikh Pengumuman : 19/04/2016 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

InshaAllah, sekali lagi kita akan dipertemukan di program Usrah Ali serta majlis tazkirah bersama yang dikasihi Ustaz Salman Ali  seperti butiran berikut;

 

Tarikh: 21 April 2016 (Khamis)

Masa: 7.00 - 10.00pm  

Tempat : Palm City Garden, Club House

(GPS : 25.2557722N,51.4625651E)

 

Agenda program kali ini adalah seperti berikut;

1. Jamuan Makan Malam (7.00 pm – 7.45 pm)

2. Solat Isya’ (7.45 pm)

3. LAPORAN USRAH ALI SESSI 2014-2016 & SERAH TUGAS KEPADA AJK BARU 2016/18 (8.15pm  – 9.15pm)

  • Ucapan alu-aluan oleh Naqib – Tn Hj Mansor Rahmat – (10 min)
  • Slide ringkas aktiviti UA SESSI 2014/2016 – Naib Naqib - Abd Rahman Munajat– (15 min)
  • Laporan ringkas Kewangan UA 2014/2016 – Hj Basit Sulaiman – (15 min)
  • Memperkenalkan barisan baru Usrah Ali 2016/18
  • Ucapan alu-aluan Naqib UA 2016/2018 – (10 min )

4. Tazkirah ringkas oleh Ustaz Salman (9.15 pm – 10.00pm)

Semoga dipermudahkan langkah-langkah kita ke majlis ilmu yang tiada lain untuk menuju keredhaan Allah SWT.

 

جزاكم الله خير

 

b/p Usrah Ali

 

Haji 1437H : Pendaftaran Haji 1437H/2016M

E-mail Print PDF
User Rating: / 4
PoorBest 

alt

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pengumuman kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin di Qatar.

Pihak Sekretariat Umrah & Haji MAQ dengan sukacitanya ingin mengumumkan pembukaan pendaftaran secara online untuk mereka yang berhajat untuk mendaftar melalui pihak sekretariat secara online di website berikut;

http://haji.malqatar.com/register.php

Sila rujuk syarat-syarat kelulusan untuk menunaikan haji yang telah ditetapkan oleh Awqaf Qatar di  http://hajj.gov.qa/HajRegistration/English/VisaCondition.aspx.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Sekretariat Haji & Umrah MAQ di:

Email :  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Facebook :  https://www.facebook.com/groups/sekhajumramaq/

Pengumuman dan maklumat dari pihak Sekretariat juga boleh dirujuk di website MAQ di pautan berikut;

 http://www.malqatar.com/MAQ/index.php?option=com_content&view=category&id=29&Itemid=41

Sama-samalah kita berdoa agar semua urusan-urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allaah.

جزاكم الله خيرا كثيرا

b/p:

Sekretariat Haji & Umrah MAQ

 

Hospital Beyond Boundaries Roadshow

E-mail Print PDF
User Rating: / 1
PoorBest 

Tarikh Pengumuman : 05/04/2016

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakhatuh.

Tuan/Puan yang dirahmati Allah sekalian,

Alhamdulillah program roadshow Hospital Beyond Boundaries (HBB) telah selesai minggu lepas. Jazakumullah khairan katsiran kepada semua individu yang telah menjayakan program tersebut.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir semasa progam roadshow minggu lepas, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang usaha2 HBB melalui website www.hbb.org.my  

Segala sumbangan infaq boleh disalurkan terus ke pihak HBB dengan mengisi borang yang dilampirkan dibawah.

Jazakumullah khairan katsiran.

 

B/p Usrah Qatar

 

Lampiran : Borang Infaq HBB

 


 

Tarikh Pengumuman : 25/03/2016

alt

 

alt

 

Hospital Beyond Boundaries Roadshow (31/03/2016 - 01/04/2016)

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakhatuh,

The Malaysian Youth Qatar and Usrah Qatar are pleased to invite you to the Hospital Beyond Boundaries (HBB) roadshow on 31/03 - 01/04/2016, InShaAllah, as scheduled below;

#

Schedule

Venue

Program

1.

Thursday, 31st March 2016

8:30 – 10:30 am

Palm City Garden

(GPS : 25.2557722N, 51.4625651E)

USRAH IBU – IBU

Topic:  Ceramah Kesihatan Wanita

2.

Thursday, 31st March 2016

7:00 – 10:00 pm

Palm City Garden

(GPS : 25.2557722N, 51.4625651E)

USRAH ALI

Topic:  Ceramah Kesihatan

3.

Friday, 1st April 2016

8:00 – 11:00 am

Al – Bayan Garden

(GPS : 25.2693864N, 51.4825808E)

MOTIVASI REMAJA (>14yrs)*

Topic:  Teknik Belajar, Persediaan Peperiksaan & Kerjaya

4.

Friday, 1st April 2016

7:00 – 9:00 pm

Sunrise Residence 2

(GPS : 25.1710556N, 51.6016389E)

USRAH WAKRA

Topic:  Program Roadshow HBB

 5.

Saturday, 2nd April 2016

8.30 - 10.30 am

Dukhan Community

(Location - TBC)

USRAH DUKHAN

Topic:  Program Roadshow HBB

 *Note : Program No. 3 - Motivasi Remaja : please contact Salsabilla ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) or Arina Azwa 3303 2280 for registration latest by 31 March 2016.

Program No. 5 has been cancelled.

 

Jazaakumullahu khayran kathiran,

 

Organized by:

Malaysia Youth Qatar

Co-Host:

Usrah Qatar

alt 

http://www.hbb.org.my

 

 

Usrahali : Proses Pemilihan AJK Usrah untuk Sessi 2016-2018 (Pengundian)

E-mail Print PDF
User Rating: / 4
PoorBest 

Assalaamualaikum Warahmatullahiwabarakaatuh,

Alhamdulillah sessi pencalonan untuk AJK Usrah Ali sudah pun ditutup. Pihak kami menerima banyak pencalonan-pencalonan dan jazakumullah khairan kasiran kepada pencalonan yang telah diterima. Kini tibalah masanya untuk ke proses seterusnya iaitu sessi pengundian.

Oleh yang demikian, diharapkan seluruh masyarakat muslim Malaysia di Qatar (muslimin dan muslimat) dapat memilih Calon-Calon yang terbaik untuk menduduki kerusi AJK Usrah Ali kali ini. Moga dengan adanya barisan kepimpinan yang baru ini, segala aktiviti dakwah di Qatar khususnya di Doha ini dapat diteruskan dan ditingkatkan kepada satu tahap yang lebih baik.

Proses pengundian adalah seperti berikut:

Klik link ini http://usrah.net dan code UNDI

alt

Undi setiap calon pilihan anda untuk setiap jawatan iaitu:
Naqib (1 jawatan),
Naib Naqib (1 jawatan),
Setiausaha (1 jawatan),
Bendahari (1 jawatan),
AJK (4 jawatan).

Pengundi hanya perlu mengundi sekali sahaja pada setiap kali sesi pengundian.

Proses pengundian akan dibuka bermula pada 20 March 2016 hingga 4 ptg 27 March 2016.

Adalah diharapkan tuan/puan dapat memberi kerjasama bagi memastikan proses pengundian ini berjalan lancar.

Kami dahulukan dengan jazakumullah khairan kasiran.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mana-mana AJK Pemilihan UA dibawah:
1. Mohd Nor Yaakob
2. Mohd Salleh Harun
3. Mohd Abdul Fatah
4. Khairul Anuar Zainal
5. Shaheezam Mohd Nawi

b/p AJK Pemilihan Usrah Ali Qatar

 


Page 6 of 8
MAQ FB Like